Dec 20, 2011

Shahrizat atau Zuraida yang lebih mirip Mak Lampir?

Isu panas membabitkan keluarga Menteri Pembngunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semakin panas bahkan mula mendidih. Semuanya kerana sikap ketua Wanita Umno itu sendiri yang telah dan masih  mengalihkan isu itu termasuk kepada Wanita Umno, wal hal ia tiada kaitan sama sekali dengan Wanita Umno.

Shahrizat menggunakan pentas Wanita Umno untuk membidas dan menghentam ketua wanita Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Ampang,  Zuraida Kamaruddin. Perbuatan Shahrizat tidak disenangi oleh sebilangan tokoh veteran Wanita Umno kerana ia tiada kaitan sama sekali dengan pergerakan itu.

Tepukan dan jeritan sebilangan ahli Wanita Umno yang sesekali kedengaran semasa ketua mereka berucap pada mesyuarat agung pergerakan itu tidak ubah dan boleh disamakan dengan sorakan muda-mudi yang menghadiri konsert rock. Selepas konsert, semuanya pulang kerana terhibur dan tidak lebih daripada itu.

Sekurang-kurangnya muda-mudi yang menghadiri konsert rock rasa berbaloi dengan hiburan itu sedangkan perwakilan wanita Umno pulang dengan beberapa tanda tanya mengenai kedudukan ketua mereka. Perlu diingatkan bukan semua ahli yang menyokong dan setuju dengan tindakan Shahrizat mengaitkan masalah 'peribadi' dengan pergerakan itu.

Shahrizat mengaitkan pembangkang kononnya sebagai 'anasir' yang menyerang beliau dan Wanita Umno berkaitan isu ladang ternakan lembu  (NFC)  yang mendapat peruntukan atau pinjaman  RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan dimana suami  dan anaknya merupakan 'orang kuat' dalam perbadanan itu.

Shahrizat lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa isu NFC tidak dibangkitkan oleh pembangkang tetapi oleh Ketua Audit Negara melalui laporan tahunannya. Isu itu turut  dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat oleh salah seorang "hulubalang"  dari parti Shahrizat sendiri, iaitu Bung Mokhtar Radin yang mendesaknya meletak jawatan.

Sudah tentu pembangkang turut membangkitkan isu NFC kerana ia membabitkan wang rakyat, soal kewibawaan, integriti, ketelusan dan kesaksamaan dalam melaksanakan projek yang berkaitan dasar kerajaan. Bodohlah wakil-wakil rakyat pembangkang sekiranya mereka membisu seribu bahasa.

Selain Bung Mokhtar, beberapa orang pemimpin pertengahan Umno turut mendesak Shahrizat melepaskan jawatan Kabinet yang disandangnya demi kepentingan parti. Mereka menyifatkan ia sebagai satu beban kepada parti yang bakal menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.
Saya juga mendapat tahu bahawa ada ahli perwakilan ke perhimpunan agung Umno yang ingin membangkitkan isu NFC tetapi telah dilarang oleh pucuk pimpinan. Benarlah apa yang dinyatakan sebelum ini oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, iaitu tiada kebebasan bersuara 'sepenuhnya' dalam Umno.

Mungkin kerana tidak tahan melihat Umno menjadi bahan serangan bertubi-tubi oleh lawan, maka seorang ketua bahagian yang lantang bersuara melalui media arus perdana khususnya Utusan Malaysia, iaitu Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meluahkan isi hatinya dengan menasihati Shahrizat supaya meletakkan kepentingan parti di atas kepentingan-kepentingan lain. Beliau merujuk kepada isu NFC yang menurutnya seperti kata-kata kiasan "memikul biawak hidup".

Dalam erti kata yang mudah difahami, Syed Ali mendesak Shahrizat letak jawatan kerana isu NFC pasti akan menjejas  Umno yanag sememangnya sudah "tenat" apabila menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Desakan Syed Ali nampaknya tidak disenangi oleh "penyokong" Shahrizat yang pada 15 Disember lalu, atas nama NGO yang tidak pernah dengar "menyerang" pejabat Umno Bahagian Cheras kononnya untuk menyerah memorandum berkaitan isu "biawak hidup" kepada ketua Umno berkenaan.

Turut sama dalam "pasukan"  ke Pusat Rekreasi Cheras yang menempatkan pejabat Umno itu ialah dua orang pegawai dari pejabat Shahrizat. Nah, sudah terang dan tidak perlu disuluh lagi, bahawa siapa yang turut terlibat.

Saya difahamkan bahawa mereka dilayan dengan baik oleh ketua dan kakitangan pejabat Umno Bahagian Cheras tetapi apa yang berlaku agak mendukacitakan kerana ada percubaan untuk mencederakan Syed Ali sehingga pegawainya terpaksa memanggil polis untuk mengawal keadaan. 

Hujung minggu lepas, Shahrizat turun ke Ampang, kubu kuat Zuraida Kamaruddin, ketua wanita PKR yang dijadikan sasaran serangannya. Marah betul Shahrizat kepada Zuraida yang berulang kali mendesaknya meletak jawatan berhubung isu NFC.

Zuraida Kamaruddin turut digelar sebagai "Mak Lampir" iaitu satu watak dalam filem seram Indonesia dan dia dijadikan bahan serangan semasa Shahrizat turun ke Ampang.

Nampaknya Shahrizat masih tidak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar akan kenyataan bahawa isu NFC yang membabitkan suami dan anaknya menjadi "barah" kepada Umno yang sedikit demi sedikit merebak ke seluruh anggota yang akhirnya membunuh.

Shahrizat tidak perlu "hemoi" atau tebal muka untuk menerima kenyataan. Beliau tidak seharusnya "menyerah" kepada pucuk pimpinan untuk menentukan kedudukannya. Jika dia sayangkan parti yang begitu baik dan berbudi kepadanya walaupun dia tumbang kepada seorang yang boleh diibaratkan sebagai "anak" pada pilihan raya umum lepas,  dia mesti letak jawatan parti dan kerajaan. Itulah tindakan yang betul yang mesti diambil olehnya.

Siapa yang lebih layak digelar "Mak Lampir", Shahrizat atau Zuraida?

http://kudaranggi.blogspot.com/2011/12/shahrizat-atau-zuraida-yang-lebih-mirip.html


Nov 28, 2011

FELDA OH FELDA LAGI......

Isa Samad maki Ketua Peneroka dihadapan peneroka
Saksikan gaya seorang samseng dengan dada yang terbuka, memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Pak Sam) yang juga mewakili peneroka-peneroka Felda di dalam Lembaga Pengarah Felda.
Tidak pernah dalam sejarah Felda, seorang Pengerusi Felda memaki peneroka secara terbuka seperti dilakukan Isa Samad. Inilah mentaliti beliau dan kroni-kroni beliau yang menganggap peneroka ini menyusahkan dan bagaikan zombi yang patut mengikut sahaja arahan-arahan mereka.
Wahai peneroka dan generasi baru Felda, adalah fakta bahawa peneroka tidak pernah diambil pandangan berkenaan isu penyenaraian, pajakan tanah dan rampasan kuasa pengerusi Koperasi Felda.Wakil kamu iaitu Pak Sam yang bergelumang dalam Felda berpuluh tahun lamanya tidak diperdulikan bantahan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda malah apabila Pak Sam secara jujur memberikan pandangan, Pak Sam dimaki secara terbuka dan sebelum ini Pak Sam pernah menjadi sasaran anjing-anjing Isa Samad di dalam blog dan facebook.
Berbanding pandangan Pak Sam sebagai seorang yang arif dengan hal ehwal Felda dan kepentingan peneroka dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad yang mempunyai track record buruk di Negeri Sembilan dan Sime Darby, siapa yang kamu rasa lebih jujur dan tidak berkepentingan mengemukakan pandangan.
Yakinlah, mereka yang dijanjikan dengan pink form untuk menjadikan mereka jutawan, dijanjikan kontrak-kontrak, jawatan CEO dan Lembaga Pengarah sebenarnya tidak pernah pedulikan nasib-nasib peneroka Felda dan anak-anak.
Peneroka-peneroka bangkitlah dan suarakan kepada PM Najib bantahan kamu terhadap semua ini. Selagi bicara kamu semua setakat di kedai kopi dan bilik tidur,selagi itu mereka fikir segala kekayaan Felda adalah milik mereka semata-mata.
Isa Samad dan Sabri Ahmad baru-baru ini telah memaksa SKMM menerima keahlian mereka menggunakan kuasa Menteri Koperasi dan mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 15 Januari 2012 untuk memaksa ahli menerima Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi.Mari kita berhimpun di Ibu Pejabat Felda dan berarak ke Putrajaya mendesak PM menyingkirkan Isa Samad dan menghormati keputusan-keputusan peneroka Felda!!!

Nov 27, 2011

Why MCA...?


Nov 24, 2011

Senarai Blog-Blog Malaysia: Captain Jack Sparrow Rupanya Orang Islam

Senarai Blog-Blog Malaysia: Captain Jack Sparrow Rupanya Orang Islam: RUPA-RUPANYA watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan ora...

MAE: KISAH KJ PERTAHAN SHAHRIZAT TERLONDEH

MAE: KISAH KJ PERTAHAN SHAHRIZAT TERLONDEH: Ramai yang tertanya-tanya mengapa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin merupakan satu-satunya yang cuba sedaya upaya untuk mempertahankan k...

Nov 23, 2011

Senyum Poyo: HARIMAU MUDA | KEPULANGAN BERMARUAH!

Senyum Poyo: HARIMAU MUDA | KEPULANGAN BERMARUAH!: Mmmm... Aku rasa ramai yang mencari alasan untuk pulang awal pada tanggal 21 November 2011 kelmarin. Tak kurang juga yang cuba ambil cut...

Nov 20, 2011

NFC dan kondo mewah, antara lembu dan manusia

NFC dan kondo mewah, antara lembu dan manusia

Isu ladang ternakan negara yang dikatakan bakal memberi sumbangan besar kepada industri makanan, National Feedlot Corporation [NFC] yang diketuai oleh suami Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, memasuki fasa siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan [CCID].

Isu NFC bangkit ekoran laporan Ketua Audit Negara yang kurang berpuas hati dengan perjalanan dan pencapaiannya yang disifatkan oleh Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebagai kurang tepat.

Yang menarik perhatian seperti yang dibangkitkan oleh Parti Keadilan Rakyat dan PAS ialah pembelian dua buah unit kondo lampau mewah di Bangsar, yang diberi nama One Menerung, pada harga RM6.9 juta seunit [PKR kata RM9.8 juta].

NFC yang diberi pinjaman mudah RM250 juta oleh Kerajaan Persekutuan semasa ditadbir oleh Tun Abdullah Ahmad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian, untuk membangun dan memajukan industri ladang ternakan lembu, sebenarnya tiada kepakaran untuk mengusahakannya.

Dr Salleh mungkin berjaya dalam membangun dan memajukan Taman Teknologi Malaysia atau TPM yang diterajuinya selama 18 tahun, tetapi tiada kepakaran dalam industri ternakan atau perladangan ternakan. Itu yang jelas. Oleh itu, banyak yang hairan bagaimana seorang yang tiada kepakaran atau pengalaman boleh diberi kepercayaan untuk mengusahakan sebuah ladang ternakan seluas 607 hektar di Gemas, Negeri Sembilan.

Tetapi, apa yang menarik perhatian umum ialah pembelian dua buah kondo lampau mewah di Bangsar yang disifat oleh Dr Salleh sebagai satu pelaburan yang baik untuk NFC walaupun ia melibatkan pelaburan RM13.8 juta daripada wang pinjaman RM250 juta yang diamanahkan oleh kerajaan.

Dr Salleh berkata pembelian dua buah kondo itu akan memberi pulangan lebih baik berbanding dengan jika wang tersebut disimpan dalam akaun simpanan tetap.

Beliau berhujah andai kata RM13.8 juta dimasuk dalam deposit tetap atau simpanan tetap bank pada kadar faedah 2.7 peratus setahun, NFC akan mendapat pulangan RM379,000 manakala pulangan daripada sewaan dua unit kondo mewah itu  sebanyak RM360,000 setahun. Media melaporkan Dr Salleh sebagai berkata sewaan bulanan yang diperolehi adalah  RM30,000 sebulan. 

Tetapi, apabila penilai/pentaksir harta profesional menolak nilai sewaan yang disebut itu kerana menurut mereka, nilai paling tinggi yang boleh dicapai tidak melebihi RM24,000 dan mustahil untuk mencapai RM30,000 sebulan, Dr Salleh lantas menyatakan yang dia disalah petik oleh sesetengah media. Katanya, sewaan yang diterima ialah RM18,000 dan RM17,000 sebulan untuk dua unit kondo berkenaan.

Beliau juga menjelaskan bahawa kondo berkenaan dibeli dengan mendapat diskaun 20 peratus dan pembelian tersebut adalah satu urus niaga yang baik untuk NFC.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang meneliti isu NFC mendapati ia tiada kaitan dengan undang-undang di bawah SPRM tetapi ada kaitan dengan Kanun Keseksaan dan oleh itu menyerah kes tersebut kepada PDRM. Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan PDRM sedang menyiasat dan kita tunggu apa keputusannya.

Dalam pada itu, Muhyiddin dan Pak Lah, menolak desakan pembangkang dan beberapa NGO supaya Shahrizat, suami Dr Salleh melepaskan jawatan Kabinetnya. Mereka berkata Shahrizat tiada kaitan dengan pemberian pinjaman RM250 juta kepada NFC yang dikuasai oleh suami dan keluarganya.  

Itu kata mereka.

Nov 12, 2011

Senyum Poyo: 11 Sebab Pada 11.11.11

Senyum Poyo: 11 Sebab Pada 11.11.11: Hmmm... aku tertarik membaca berita m-star online ni... so, aku nak kongsikan dengan korang yang belum sempat baca.... Ha, ini adalah 11 seb...

Nov 11, 2011

shalehudin: Anwar tibai Hj Najib... kahkahkah...

shalehudin: Anwar tibai Hj Najib... kahkahkah...: Debat Belanjawan: Najib enggan kerana tak mampu jawab- Anwar (Oleh: Nabihah Hamid ) KUALA LUMPUR 10 Nov : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anw...

Beduk Canang!: Korbankan lembu atau dikorbankan lembu?

Beduk Canang!: Korbankan lembu atau dikorbankan lembu?: Hari ini, Jumaat, 11.11.11, adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh banyak pihak dengan penuh debaran dengan bermacam-macam alasan. Mungki...

Nov 10, 2011

CELAH GELEGAR: Derma Sperma di China, Gadis Goncang Keluar (Gamba...

CELAH GELEGAR: Derma Sperma di China, Gadis Goncang Keluar (Gamba...: Derma sperma merupakan Perniagaan Besar di China. Kira-kira 10 peratus daripada pasangan China subur untuk melahirkan anak. Selebihnya,...

Anak Sungai Derhaka: PANAS!! Anak Najib beli saham syarikat balak RM1.6...

Anak Sungai Derhaka: PANAS!! Anak Najib beli saham syarikat balak RM1.6...: Banyaknya duit anak Najib ni.. Mohd Nazifuddin Najib, 28 dilaporkan telah membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit berj...

Nov 9, 2011

PASPB: NASIB PAK LAH BERJANGKIT KEPADA NAJIB !!! Buku tu...

PASPB: NASIB PAK LAH BERJANGKIT KEPADA NAJIB !!! Buku tu...: Habislah Najib... Antara yang disenaraikan sebagai kesilapan Najib setelah memegang tampuk kuasa oleh Ahli UMNO Wangsa Maju ini ialah "1...

edyesdotcom: Jawapan Menteri di Parlimen Mengesahkan Malaysia R...

edyesdotcom: Jawapan Menteri di Parlimen Mengesahkan Malaysia R...: Salam sejahtera, seperti anda, saya seorang rakyat Malaysia dan saya cintakan negara kita ini. Malaysia sebuah negara yang cukup indah, ta...

Jul 31, 2011

DIET KETIKA BERPUASA

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my


SYURGA makanan’. Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan apabila tiba bulan Ramadan. Bukan sahaja bagi umat Islam, bahkan kaum lain di negara ini terutama dengan adanya bazar Ramadan.
Selagi tidak penuh makanan di pinggan, seperti tidak lengkap menu berbuka puasa. Golongan wanita pula tidak perlu penat memasak. Semuanya seperti sudah tersedia dengan pelbagai juadah yang ada di bazar Ramadan. Lauk-pauk, kuih-muih, pencuci mulut dan minuman boleh dibeli untuk hidangan keluarga. Ada yang bertanya, “cukup tak makanan kita hari ni?”. Ada pula yang berkata, “tidak seronok pula tanpa manisan serta minuman sejuk.”
Selain keletihan, yang mana lebih kerap berlaku kepada anda? Adakah berat badan berkurang atau makin bertambah menjelang Aidilfitri? Perkara ini biasa berlaku disebabkan tabiat pemakanan sepanjang Ramadan. Ramai yang membeli makanan tidak menilai keperluan makanan tetapi lebih kepada selera.
Hakikatnya, ketibaan Ramadan bukan saja memberi peluang kepada kita mempertingkatkan amalan kerohanian malah amat berfaedah untuk kesihatan.
“Puasa dapat membantu individu untuk mengawal pemakanannya. Ia dapat membantu dalam pengawalan berat badan di samping melatih individu untuk lebih berdisiplin pada makanan. Pemilihan makanan semasa bersahur dan berbuka penting kerana ia akan memberikan kesan terhadap peningkatan atau penurunan berat badan. Pengambilan makanan yang manis, berlemak atau bergoreng boleh menyebabkan peningkatan berat badan,” ujar Pakar Diet Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Nor Lizawati Che ‘ Lah.
Untuk bersahur, disarankan mengambil makanan yang dihadamkan secara perlahan termasuklah makanan yang mengandungi fiber .
Ini kerana makanan ini dapat bertahan selama lebih kurang lapan jam dan ini dapat mengurangkan rasa lapar selepas bersahur sehingga waktu berbuka.
“Makanan yang dihadamkan secara perlahan adalah makanan atau produk bijirin dan bijian seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks). Makanan yang mengandungi serat (juga dapat bertahan agak lama) adalah makanan yang mengandungi bran, gandum penuh mil, bijirin dan bijian, oat, nasi ulam, sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buah-buahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti badam dan sebagainya.
Makanan yang cepat dihadam dapat bertahan 4 jam sahaja. Makanan yang cepat hadam ialah makanan yang mengandungi gula, gula putih dan sebagainya (dipanggil karbohidrat ringkas).
Contoh makanan termasuklah kuih manis, minuman sirap, kordial dan minuman tin,” tambahnya.
Menurut Nor Lizawati, pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang berasa letih atau lesu sejurus selepas makan.
Justeru itu, kurangkan mengambil makanan yang tinggi kandungan garam atau masin kerana ini boleh mengakibatkan rasa dahaga pada siang hari.
Misalnya untuk berbuka, orang ramai dinasihatkan untuk mula dengan makanan yang ringan dan mudah dihadam seperti buah-buahan atau jus buah-buahan, diikuti dengan makanan yang sederhana dan kemudiannya snek secara berkala.
“Puasa boleh melatih individu lebih berdisiplin pada makanan. Untuk mereka yang cuba mengurangkan berat badan, jangan abaikan keperluan nutrien oleh badan kerana ini boleh menyumbang kepada risiko untuk mendapat masalah kesihatan dan badan akan cepat lesu. Ini akan memberikan kesan kepada aktiviti seharian. Jangan terlalu obses untuk menurunkan berat badan tetapi kesihatan diabaikan. Amalkan diet yang seimbang,” nasihatnya.

Jul 30, 2011

Dilema lelaki 50-an

ADAKAH anda berusia 50 tahun ke atas dan setiap malam bangun lebih daripada sekali untuk buang air? Anda tidak lena tidur dan berasa letih ketika bangun bagaikan tidak tidur sepanjang malam?
Inilah beberapa daripada simptom BPH atau Benign Prostatic Hyperplasia (BPH).
Keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan selain menyebabkan pundi kencing terasa masih penuh walaupun baru keluar dari tandas.
Ini disebabkan oleh pembesaran kelenjar prostat yang lazim berlaku di kalangan lelaki yang berusia 50 tahun ke atas, kata Datuk Dr. Rohan Malek, Ketua Khidmat Urologi, Hospital Selayang semasa taklimat mengenai saringan percuma bagi orang ramai mengenai BPH dan kempen kanser prostat, baru-baru ini.
BPH merupakan penyakit paling lazim di kalangan kaum lelaki di seluruh dunia. Tiga peratus daripada penghidapnya mati kerana penyakit ini.
"BPH bukan kanser. Bagaimanapun, komplikasi lain boleh muncul memandangkan ia ialah penyakit yang menular.
"Jika ia tidak dirawat, terdapat risiko terpaksa menjalani pembedahan berkaitan dengan BPH ataupun kerosakan buah pinggang," kata Dr. Rohan.
Beliau mengakui bahawa BPH masih kurang didiagnosis dan orang ramai masih kurang mendapatkan rawatan mengenainya.
Kempen saringan percuma yang diadakan untuk orang ramai mampu mewujudkan kesedaran di kalangan kuam lelaki di negara ini untuk mengesan dan merawat BPH di peringkat awal.
Kajian epidemiologi oleh Persatuan Urologi Malaysia juag merupakan usaha mengatasi kekurangan maklumat mengenai penyakit prostat dalam pelbagai kumpulan umur dan etnik di Malaysia.
"Populasi yang disasarkan bukan sahaja membabitkan penduduk Lembah Klang tetapi juga mereka di selatan Perak, barat Pahang dan utara Negeri Sembilan.
"Data aliran simptom saluran kencing bawah (LUTS) dalam kalangan lelaki di Malaysia adalah terhad.
"Kami mahu mereka memahami dengan lebih baik risiko penyakit ini," kata Datuk Dr Selvalingam Sothlingam, Pakar Urologi di Kementerian Pertahanan dalam taklimat sama yang berlangsung di Akademi Perubatan Malaysia, baru-baru ini.
Simptom
Prostat merupakan sebuah kelenjar yang kecil, lebih kurang saiz sebuah walnut dan ia membesar dengan signifikan sehingga usia baligh dan selepas itu terhenti setakat usia 40 tahun. Selepas itu ia mula membesar semula pada kebanyakan lelaki dan pada sesetengah orang ia terus membesar mengikut usia.
Lebih kurang separuh daripada kaum lelaki akan menghidap satu daripada tiga penyakit prostat atau mungkin lebih daripada satu.
Penyakit-penyakit lain LUTS termasuk barah pundi kencing, batu karang pundi kencing, kanser prostat atau sekatan ureter yang boleh menghasilkan simptom lebih kurang sama seperti yang berlaku dalam BPH - aliran kencing yang tidak lancar, susah untuk buang air dan lazimnya kesukaran dalam memulakan proses buang air.
Prosedur pembedahan paling lazim bagi rawatan BPH ialah TURP ataupun transurethral resection of the prostate untuk mengeluarkan tisu prostatik bagi membentuk saluran yang lebih besar yang melancarkan proses buang air.
Bagaimanapun, pembedahan untuk mengeluarkan kelenjar yang sangat besar atau prostatektomi boleh menyebabkan pengurangan segera dalam simptom tetapi kemungkinan pertumbuhan semula prostat yang menyebabkan sekatan ini dijangka berulang dalam lebih kurang lima peratus daripada pesakit-pesakit ini.
"Kami melakukan dua hingga tiga pembedahan seminggu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kami cuba elakkan pembedahan pada pesakit yang lanjut usia kerana khuatir akan komplikasi yang mungkin terjadi. Pembedahan buat masa ini dijalankan menggunakan robot di seluruh dunia termasuk di Kuala Lumpur dan Kuching," kata Prof. Azad Hassan Abdul Razack, seorang pakar bedah di PPUM.
Di Hospital Selayang, lebih kurang empat pembedahan prostat dilakukan setiap minggu.
Saringan
Proses saringan membabitkan mikroskopi kencing, meter aliran kencing dan ukuran sisa yang tinggal selepas buang air, dan ukuran isi padu prostat transrectal yang dijalankan selepas mendapat kebenaran daripada mereka yang ingin tahu kedudukan kesihatan kelenjar prostat masing-masing.
Saringan ini telah dilaksanakan oleh pasukan urologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang, PPUM dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Julai.
Pada minggu pertama Julai, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, mereka yang berminat telah menjalani saringan di Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang dan PPUKM, manakala di Hospital Serdang dan UMMC ujian saringan telah dijalankan pada 9 dan 10 Julai sementara 16 dan 17 Julai pula menyaksikan HKL dan Hospital Sungai Buloh menjalankan saringan bagi kesihatan kalenjar prostat.
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang hanya terbuka bagi veteran angkatan tentera juga telah melakukan saringan pada 16 dan 17 Julai, 2011 lalu.
Kanser prostat sebenarnya penyakit yang boleh dirawat tetapi menguruskan penyakit ini bukan tugas yang mudah.
Pengesanan awal kanser prostat mungkin kunci utama dalam merawat penyakit ini dan kesedaran serta simptom yang berkaitan dengan prostat, faktor risiko kanser prostat serta perkakas yang terdapat bagi saringan adalah penting. - BERNAMA
ARKIB : 26/07/2011
www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Apr 10, 2011

KOMPUTER RIBA RENDAHKAN KUALITI SPERMA LELAKI

NEW YORK - Penggunaan komputer bimbit di atas riba mungkin bukan sesuatu yang baik bagi kesuburan lelaki, menurut kajian terbaru.

Cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan meletakkan komputer bimbit di atas meja, menurut ketua penyelidik dari Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin.

Dalam kajian itu, pengukur haba digunakan bagi mengukur suhu skrotum 29 lelaki muda yang menggunakan komputer bimbit di atas riba.

Walaupun pelapik diletakkan di bawah komputer, suhu skrotum peserta didapati meningkat dengan cepat.

"Jutaan pengguna komputer bimbit adalah lelaki dalam lingkungan umur yang mempunyai kesuburan tinggi dan penggunaan komputer di atas riba dalam tempoh 10 minit mampu merendahkan kualiti sperma," katanya.

Sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/11/komputer-riba-rendahkan-kualiti-sperma.html
NEW YORK - Penggunaan komputer bimbit di atas riba mungkin bukan sesuatu yang baik bagi kesuburan lelaki, menurut kajian terbaru.

Cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan meletakkan komputer bimbit di atas meja, menurut ketua penyelidik dari Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin.

Dalam kajian itu, pengukur haba digunakan bagi mengukur suhu skrotum 29 lelaki muda yang menggunakan komputer bimbit di atas riba.

Walaupun pelapik diletakkan di bawah komputer, suhu skrotum peserta didapati meningkat dengan cepat.

"Jutaan pengguna komputer bimbit adalah lelaki dalam lingkungan umur yang mempunyai kesuburan tinggi dan penggunaan komputer di atas riba dalam tempoh 10 minit mampu merendahkan kualiti sperma," katanya.

Sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/11/komputer-riba-rendahkan-kualiti-sperma.html

Apr 8, 2011

Merdekakan Pemikiran Politik Anda


Tersiar Di Majalah Al-Islam keluaran Jun 2009

Ramai orang bercakap tentang politik atau pemikiran politik. Namun masih ramai yang melihat sesuatu pendapat atau idea dalam politik itu dari kacamata kepartian, bukan penilaian matang terhadap kebernasan hujah. Maka disokong sesuatu pandangan politik disebabkan pandangan itu ‘diterbitkan’ oleh partinya, bukan kerana hujah dan alasan yang diberikan. Dia akan bertungkus lumus mempertahankan sesuatu pandangan atau tindakan walaupun jiwanya yakin itu kurang tepat atau salah, hanya semata kerana partinya.

Paling kurang dia akan diam. Namun jika idea itu terbitan musuh, dia akan bersama partinya menyerang idea tersebut sekalipun dia belum faham, atau sekalipun dia tidak tahu pun keburukannya. Jika musuh partinya mengemukakan idea yang baik, dia akan diam tanpa ulasan. Jika partinya mengemukakan idea, dia akan puji dan berikan sokongan walaupun belum cukup faham. Inilah politik taksub. Inilah politik taklid buta. Inilah fanatik kepartian yang membunuh politik kebernasan idea.

Politik Memecah Belah Kita

Ya, sepanjang sejarah pun isu-isu politik jugalah yang telah memecah belahkan umat Islam. Lahirnya Syi’ah, Khawarij dan berbagai kelompok yang lain hasil dari ketegangan politik yang bermula pada zaman Pemerintah Saiyyidina Uthman bin ‘Affan r.a, berkembang biak pada zaman Saiyyidina ‘Ali bin ‘Abi Talib dan berlangsungan sehingga hari ini.

Hingga, kita terus mewarisi bahana isu-isu politik yang tercetus pada seribu empat ratus tahun lebih yang lalu. Ketegangan Syiah-Sunni yang kedengaran di negara-negara seperti Iraq, Iran, Pakistan, India dan lain-lain adalah hasil dari isu-isu lama politik yang dibentuk menjadi dogma agama dan diwarisi secara fanatik. Bermula dari isu tidak puas hati dengan beberapa tindakan politik bertukar menjadi isu akidah. Semua kerana ketaksuban dan kebencian yang berlebihan.

Ketaksuban kepada Saiyyidina ‘Ali bin Abi Talib r.a telah melahirkan aliran Syi’ah yang mengagungkannya melebihi batasan yang patut. Perbuatan yang tidak pernah diredhai oleh ‘Ali itu sendiri. Dalam proses membela ‘Ali, lahirlah berbagai hadis palsu yang direka demi menaikkan aliran ‘politik kepuakan’. Kata seorang tokoh silam Syarik bin ‘Abd Allah (meninggal 177H): “Aku mengambil ilmu daripada setiap yang aku temui, kecuali rafidah (syi’ah fanatik). Ini kerana mereka memalsukan hadis dan menganggapnya (hadis-hadis palsu tersebut) sebagai agama”. (Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, 1/13, Beirut: al-Maktabah al-‘Ilmiyyah).

Apabila isu-isu politik dibentuk menjadi isu akidah dengan mengada-ada nas agama, maka itu mencetus reka bentuk agama yang tersendiri. Para pengikut yang jahil yang dimangsakan mula menganggap perjuangan politik kepuakan itu sebagai ‘titah agama’ lantas mereka berjihad kerananya. Maka tumpah darahlah kaum muslimin di sana sini. Sedangkan ‘Ali pada zamannya cuba mengatasi hal ini. Apabila beliau ditanya mengenai mereka yang menentang beliau dalam Peperangan Jamal dan Siffin; Apakah mereka itu Musyrikin?” Jawab ‘Ali: “Tidak, mereka itu melarikan diri daripada syirik.” Ditanya lagi: “Apakah mereka itu Munafiqin?” Jawab ‘Ali: “Tidak, sesungguhnya golongan Munafiqin tidak mengingati Allah kecuali sedikit.” Ditanya lagi: “Apakah kedudukan mereka yang sebenarnya?” Jawab ‘Ali: “Saudara kita yang melampau (bughah) terhadap kita” (Al-Baihaqi di dalam Sunannya. Ibn Abi Syaybah dalam musannafnya dan al-Marwazi dalam Ta’dzim Qadr al-Salah). Namun apabila ketaksuban sudah tidak dapat dikawal, golongan Syiah menghukum musuh-musuh ‘Ali apa yang tidak dihukum oleh ‘Ali itu sendiri.

Demikian juga kebencian tanpa kawalan. Kebencian kepada penentang ‘Ali, telah melahirkan puak Khawarij yang tidak puas hati dengan langkah perdamaian yang dipersetujui oleh ‘Ali. Lalu api kebencian itu merebak dalam jiwa sehingga membentuk dasar akidah yang membawa mereka mengkafirkan bukan sahaja penentang ‘Ali, bahkan ‘Ali itu sendiri. Lahirnya dogma mengkafirkan orang lain atas dosa yang dilakukan, atau atas tafsiran dosa yang diandaikan. Kelompok Khawarij terkenal dengan kuat ibadat dan tidak melakukan dosa. Malangnya, dogma agama yang dipegang mereka, telah menyebabkan mereka mengkafirkan sesiapa yang tidak bersama mereka, bahkan menumpahkan darah orang ramai yang tidak menyokong pegangan mereka.

Jangan Ulangi Sejarah Suram

Apa yang ingin saya sebutkan di sini, kita tidak ingin mengulangi sejarah silam. Politik ketaksuban dan kepuakan hanya akan mengundang perbalahan yang tidak berkesudahan. Politik sepatutnya dibina atas hujah dan idea, bukan taksub dan sokongan secara membabi buta. Di negara kita, politik idea ini belum kuat berkembang atau belum menguasai keadaan.

Kita dalam politik sering membahagikan manusia berdasarkan parti, bukan berdasarkan pendekatan dan kefahaman. Ini telah lama bertapak dalam pendekatan kita. Jika ada yang mengkritik kerajaan dia dituduh penyokong pembangkang dan mungkin juga diambil tindakan. Jika ada yang mengkritik pembangkang, dia dituduh pro atau pengampu kerajaan, dan mungkin juga akan dimaki, atau dicerca.

Hal ini menyebabkan pemikiran dan idea yang baik tidak dapat disalurkan disebabkan perbalahan politik. Jika kita bersetuju dengan beberapa idea yang baik pembangkang, atau kerajaan maka kita akan menjadi mangsa salah satu dari pihak berkenaan. Idea dan pemikiran yang baik menjadi mangsa ‘kehasadan’ politik.

Ia bercanggah dengan apa yang Allah tegaskan dalam al-Quran dalam Surah al-Maidah, ayat 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menjadi saksi yang saksama; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana keadilan itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.


Ulul Albab

Keadaan ini disebabkan banyak faktor, antaranya kita belum cukup melahirkan tokoh-tokoh pemikir yang mantap, yang berjiwa merdeka tanpa terikat dengan kepentingan diri serta tidak bertaklid buta. Kita perlu membanyakkan kelompok manusia terpelajar yang pemikiran dan penilaian mereka merentasi garisan dan sempadan politik kepartian.

Bahkan kita mahu banyakkan kelompok yang mampu mencetuskan idea yang baik dalam politik di luar dari kotak kepartian. Golongan ‘Ulul Albab’ merupakan kelompok manusia yang dipuji oleh Allah dalam al-Quran. Mereka merupakan kelompok yang memiliki kematangan akal dan penilaian sehingga mereka digelar Ulul Albab dengan maksud empunya pemikiran dan kefahaman yang matang dan mantap.

Allah sebut antara ciri mereka: (maksudnya) (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Kelompok pemikir yang merdeka dan berhujah ini perlu menyemarak politik idea, bukan politik taksub kepartian. Bukan politik yang bermula dengan bertanya ‘engkau sokong PAS ke, atau UMNO ke, atau PKR ke?. Bukan cetusan politik berdasarkan kehendak ramai. Sebaliknya, pemikiran yang berlandaskan analisa, fakta dan hujah. Seseorang tidak dinamakan tokoh ilmuwan yang matang selagi mana dia di bawah ketulunjuk kepartian tanpa penilaian. Biar sekalipun orang menamakan dia ‘ulamak’ atau ‘professional’. Allah menyebut: (maksudnya) Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun jumlah banyaknya yang buruk itu telah mengkagumkan engkau. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai Ulul Albab supaya kamu berjaya (Surah al-Maidah: 100).

Politik Merdeka

Kita mesti berusaha memerdekakan jiwa rakyat dari belunggu kepartian. Dalam negara yang memakai sistem seperti kita, parti politik itu mungkin penting. Namun ia bukan matlamat, ia hanya alat yang boleh diganti tukar jika perlu. Hubungan dan penilaian kita ke atas pihak lain, janganlah berdasarkan parti atau mazhabnya.

Sebaliknya, hendaklah berdasarkan akhlak dan pemikiran. Kelompok fanatik parti sering melenting jika melihat seseorang tokoh duduk atau berkawan dengan musuh parti mereka. Lalu kadang-kala seseorang dimusuhi tanpa sebab yang jelas. Mereka selalu melenting jika ada orang yang berbeza pendapat dengan parti mereka. Sering mereka menghukum pengkritik mereka bersekongkol dengan musuh politik mereka. Mereka enggan mengiktiraf pemikiran atau idea yang baik hanya disebabkan perbezaan parti. Parti kadang-kala bagaikan agama bagi mereka. Bahkan mungkin lebih daripada agama sehingga mereka sanggup berkasih-sayang dengan yang berbeza agama, tetapi tidak dengan yang berbeza parti.

Sedangkan Allah menyebut: (maksudnya):“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-hak mereka (Surah Hud: 85)

.
Selagi kita tidak merdekakan pemikiran politik kita sehingga tidak terikat dalam setiap penilaian dengan warna parti, maka bererti kegagalan melaksanakan perintah Allah dalam ayat-ayat yang disebutkan tadi dan juga ayat 36 dalam Surah al-Isra :

(maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

Tokoh-tokoh ilmuwan yang kritis dalam sejarah, berjaya membebaskan diri mereka dari taksub kemazhaban dalam menilai sesuatu perkara.

Contohnya, Al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) ketika mengulas status riwayat mereka yang terpengaruh dengan unsur-unsur tasyaiyu’ (kesyiahan), katanya: “Sesungguhnya bid‘ah ada dua bahagian; (pertama) bid‘ah kecil; seperti berlebihan dalam tasyaiyu’ (mengutamakan ‘Ali) , atau bertasyaiyu’ tanpa melampau dan menyimpang. Hal ini banyak berlaku kalangan tabi‘iin dan atba’ al-tabi‘iin (pengikut tabi’iin). Di samping mereka juga kuat beragama, warak dan benar. Jika ditolak riwayat mereka (disebabkan hal ini), nescaya akan hilanglah sejumlah besar hadis-hadis nabawi. Ini satu kerosakan yang nyata.” (Al-Zahabi, Mizan al-I’itidal fi Naqd al-Rijal, 1/118, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Inilah sikap adil yang tidak menghukum manusia hanya disebabkan perbezaan mazhab akidah. Bagaimana mungkin untuk kita menolak sesuatu pendapat atau idea hanya disebabkan perbezaan politik.

Selagi kita tidak dapat membebaskan atau memerdekakan minda dari kongkongan ketaksuban parti politik, atau hanya mampu berfikir dengan kadar jarak rantai politik kepartian yang dibelunggu di kaki kita, bererti cara fikir kita masih tidak Quranik atau Islamik sekalipun kita memakai logo atau pakaian yang dikaitkan dengan Islam.

Dipetik dari http://www.drmaza.com/
Disiarkan pada Jun 27, 2009 dalam kategori Politik

Mar 24, 2011

Renungan

Renungan

Jadikan ia sebagai panduan dan peringatan kepada kita kaum wanita

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sabar & Bijaksana Seorang Suami

Sabar & Bijaksana Seorang Suami

Kesabaran mestilah disertai dengan kebijaksanaan. Kesabaran perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasawuf. Kebijaksaan perlu diusahakan melalui tuntutan ilmu, amalan dan pengalaman.

Orang yang mampu menahan marah itu ialah orang yang kuat. Sifat suami yang mampu menahan marah apabila berhadapan dengan pelbagai masalah rumah tangga, mampui mengekalkan suasana harmoni dalam rumah tangga. Sebaliknya jika suami bersikap panas baran, ia hanya akan menyemarakkan lagi sikap permusuhan dan rasa tidak puas hati dipihak isteri.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud : "Orang yang kuat dalam kalangan kamu ialah orang yang dapat menundukkan nafsunya ketika marah. Dan orang yang boleh memberi maaf ketika dia berkuasa". (Riwayat Ibu abi al_Dunya)


Kekuatan bagi kaum lelaki sewaktu berdepan dengan wanita bukan pada badannya yang gagah, tetapi kesabaran dan kebijaksanaannya

Jan 23, 2011

PENGAJARAN (Mengajar Anak Bertutur Biar Betul)

Ini ada satu kisah suami isteri yang mengajar anaknya yang sudah pandai dan petah bercakap. Kebanyakan perkataan yang diajar adalah perkataan yang mempunyai bahasa yang mudah disebut oleh anak dan bahasa khas serta terlindung maksudnya.
'Abah nak NGONG-NGONG bermaksud naik motor. Mama nak BABAM bermaksud tidur, Nak CUCU bermaksud susu, Nak MAMAM bermaksud makan, nak ANDI bermaksud mandi dan banyak lagi bahasa yang mudah disebut dan diikuti oleh anaknya. Pasangan ini juga mengajar anaknya kalu nak kencing mesti sebut nak NYANYI.
Pada satu hari nenek kanak-kanak itu bertandang ke rumah pasangan tersebut, dan pada malam hari, anak pasangan itu seboleh-boleh mahu tidur dengan neneknya.
IBU berkata : "Kesian nenek, nenek penat tu datang dari jauh mari BABAM
dengan mama"
ANAK berkata : 'NANAK, NANAK nak BABAM dengan Nenek" .
Akhirnya ibunya setuju. Ayahnya pun senyum je sebab ada peluang nak bersama dengan isterinya kerana selama ini anak ada tidur bersama.
Apabila jauh malam tiba-tiba anak tersebut mengejutkan neneknya yang sedang tidur.
ANAK berkata : "Nenek........, nenek..........., nak NYANYI" ,
NENEK berkata : 'Eh Apahal pulak ni cu, dah tengah malam dah ni, esok jelah
cucu NYANYI ye.
ANAK berkata : 'NANAK-NANAK Nak NYANYI jugak.
Nenek berkata ; "Tak boleh, nanti abah dan mama marah NYANYI malam -
malam, bising.. , abah dan mama nak pegi keja esok"
Anak berkata : "nak NYANYI jugak, nak NYANYI jugak (sambil meronta-ronta).
NENEK berkata : " Hai ..... Bertuah betulah cucu aku ni, malam-malam nak
MENYANYI.
Ok lah, kalau cu nak NYANYI jugak boleh, tapi jangan kuat-
kuat, nanti abah dan mama marah. Cucu NYANYI kat telinga
nenek ni pelan-pelan. jangan kuat sangat (sambil berbisik)
Anak tersebut apa lagi dia pun bukak seluar dan MENYANYI le kat telinga neneknya sebab dah tak tahan. Bila nenek tu dah kena NYANYI, melompat, melatah terkejut beruk le dibuatnya sebab telinga dia kena NYANYI dengan cucunya. Macam kena jirus air panas. Pasangan tadi punyalah terkejut terus meluru kebilik anaknya sehingga terlupa tiada seutas benangpun menutup badan mereka.
"Astarfirullah" ......... terus nenek tu pengsan
Anak tadi melompat gembira melihat Ayah dan mamanya "YEh.. Yeh... Abah dan mama nak ANDI KOLAM".
Ajarlah anak bercakap dengan betul walaupun mereka tidak faham sebab lama-lama mereka akan faham juga.

PETUA UNTUK TAHAN LAMA

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahanlama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'. grrrrr.

KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2003. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2004. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...


PAKAIAN.

Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.


KERETA

Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG

Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...

UMUR

Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).


ROKOK

Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....


TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.


HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...
...............sentiasa terbuka dan rasional.


Nak tahan LAMA?? bEARAPA lama mau.. 1jam, 2 jam, 4-5 jam,, .. senang saja..

ini dia SUPEEEERR POWEEEEERRR..

Jan 22, 2011

Jenaka Takut Anak Tak Kahwin

Keras?????......Terpegang.........????????

"Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya
Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan.
Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair.

Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak.

Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri,Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.

Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika
puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak
tau apakah benda tersebut.

Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.


Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda
masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian,
pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling
keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang
golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye
logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...

Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras
dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan
malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di
dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua
benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah
lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa
pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam
poket hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba
memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam
poket hamba ini...

Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu.
Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.

Kemudian puteri terpegang sesuatu...

Mukanya merah menahan malu.
Lelaki itu hanya tersenyum saja.

Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu.

Maharaja hairan... Maharaja tanya
puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak....

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......

Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan
kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah
Pegang?

Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe.....


(Sila scroll down...........)













BENDA ITU IALAH------ COKLAT M&M
CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!
KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...TAK SESUAIII TAU
KORANG

HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHEH "

Sebab wanita lebih cepat nampak TUA dan GEMUK

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

Jan 21, 2011

Soya kurangkan risiko kanser

Oleh ZUHAYATI YAZID

APABILA menyebut 'kanser', pesakit pasti hanya terbayang kematian terutama di kalangan mereka yang disahkan sudah ke tahap lanjutan rawatan seperti kemoterapi atau radioterapi.

Lebih-lebih lagi, penyakit itu membawa perubahan besar gaya hidup pesakit dan juga memberikan kesan lain termasuk perubahan penampilan, emosi yang tidak menentu dan bebanan kewangan.

Kini, dengan ledakan teknologi moden dan pengesan awal terhadap pembunuh nombor satu wanita itu mampu mengurangkan risiko berlakunya kanser.

Malah bukan lagi rahsia, melalui pemakanan yang berasaskan soya ia mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payu dara di kalangan wanita.

Perkara terbukti apabila satu kajian secara klinikal telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara .

Penyelidikan dilakukan oleh pensyarah di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang pensyarah dari Jabatan Biostatistik di universiti sama, Dr. Yasuo Ohashi. Mereka mendapati pengambilan soya dan juga pengambilan minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota iaitu minuman susu kultur, Yakult, secara tetap dan berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.

Malah, dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini mendapati wanita yang mengambil makanan berasaskan soya dan minuman susu kultur dilihat kurang berpotensi untuk di jangkiti dengan kanser payu dara.

Kajian itu mendapati pengambilan secara tetap setiap hari produk yang mengandungi bakteria Lactobacilus casei Shirota (LcS) semenjak usia remaja mampu mengurangkan risiko seseorang wanita itu terkena kanser payu dara.

''Ini terbukti kerana komponen di dalam makanan yang berasaskan soya dan LcS mempunyai fungsi yang boleh melindungi daripada kejadian kanser payu dara dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya,'' ujar Dr. Toi semasa membentangkan kertas kerja di Simposium kanser payu dara di San Antonio, Amerika Syarikat Disember lalu.

Beliau berkata, kajian itu mengkaji hubungkait antara pengambilan minuman yang mengandungi LcS dan makanan yang berasaskan soya dengan penyebab kanser payu dara.

Bakteria yang dinamakan (LcS) itu dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak dalam usus dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya.

Beliau menjelaskan, kesan perlindungan tersebut mungkin disebabkan oleh kesan bakteria Strain Shirota ke atas mikroflora usus yang telah membantu penghadaman isoflavon soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan risiko kanser payu dara.

''Strain Shirota juga mampu meningkatkan sistem imunisasi semulajadi tubuh khususnya aktiviti NK yang boleh menjejaskan kesan perlindungan," katanya.

Tegasnya, dalam kajian itu seramai 355 pesakit berumur 40 hingga 55 tahun yang menjalani pembedahan kanser payu dara dari tempoh Oktober 2007 hingga Mac 2009 dan 710 orang yang sihat yang tinggal di kawasan yang sama dan berumur sebaya dijadikan objek dalam kajian tersebut.

''Mereka dikaji berdasarkan kepada diet dan gaya hidup sejak masih remaja lagi dan semasa dewasa.

''Hasilnya, didapati sebanyak 30 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang mengambil minuman yang mengandungi bakteria asid laktik iaitu susu berkultur Yakult sebanyak empat kali atau lebih seminggu, berbanding dengan mereka yang mengambil tiga kali atau kurang dalam seminggu," kata Dr. Toi.

Sumber: Utusan Malaysia 18/1/2011

Jalani kehidupan seks secara sihat

Susunan NOOR FAZRINA KAMAL

SEBAGAI pasangan suami isteri adakah anda menikmati kehidupan seks sepuasnya? Atau anda tidak pasti akan jawapannya sehingga kadang kala membuat perbandingan kehidupan seks anda dengan rakan anda.

Sebenarnya tindakan itu salah. Jangan sesekali membuat perbandingan tersebut kerana ia hanya mengundang padah dalam perhubungan suami isteri.

Hakikat sebenarnya, sesebuah perhubungan kelamin suami isteri itu unik. Setiap pasangan mempunyai cara yang berbeza mengemudikannya.

Apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk anda. Ada beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai ukuran adakah anda menjalani kehidupan seks yang sihat atau sebaliknya.

Tanda pertama - Perhubungan anda sihat

Pasangan suami isteri yang sihat, akan sentiasa berbicara tentang apa yang berlangsung dalam kehidupan mereka.

Mereka tidak membataskan diri tentang isi perbualan termasuk dalam isu perhubungan seks. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena ataupun kepuasan seks yang dihajati tidak tercapai, mereka akan menyuarakannya.

Pasangan yang sihat juga lebih realistik dan memahami kemampuan pasangan masing-masing.

Tanda 2 - Eksperimen dalam bilik tidur

Pasangan suami isteri yang suka melakukan eksperimen dalam hubungan kelamin adalah tanda mereka berpuas hati dengan kehidupan seks mereka.

Jangan salah faham, apa yang dimaksudkan di sini bukanlah seks melampau yang tidak dituntut syarak.

Eksperimen yang dicadangkan cukuplah dengan mengajak pasangan sesekali menukar posisi, mencuba beberapa gaya terbaru atau boleh juga menukar lokasi seperti di kerusi atau sofa.

Katil bukanlah tempat yang wajib untuk hubungan seks. Dengan mencuba idea terbaru ini bukan sahaja mudah malah membuktikan kebahagiaan anda berdua.

Tanda 3 - Ikhlaskan hati untuk hubungan seks

Pernahkah anda terasa bahawa hubungan seks kini berbeza dengan ketika di awal perkahwinan?

Sudah bertahun kahwin, jadi seks itu umpama kewajipan asas suami isteri sahaja. Ia bukan lagi sesuatu yang dinikmati dengan penuh perasaan. Padahal seks adalah satu perkara yang anda dan pasangan lakukan dengan penuh keseronokan.

Pastikan anda menikmati puncak kenikmatan dan melakukannya kerana keikhlasan hati untuk pasangan anda.

Tanda 4 - Seks sebagai rutin dalam perhubungan

Bukanlah sesuatu yang pelik untuk meletakkan seks sebagai perkara terakhir dalam sesuatu perhubungan. Dalam situasi di mana anda mempunyai sebuah keluarga, anak-anak dan pekerjaan seks menjadi perkara yang sukar untuk dilakukan setiap hari.

Pasangan yang sentiasa cuba mewujudkan masa untuk hubungan seks sekerap mungkin adalah pasangan yang mempunyai perhubungan seks yang sihat. Jadilah lebih spontan.

Tanda 5 - Seks bukan sekadar hubungan, ia lebih dari itu

Seks lebih dari sekadar hubungan kelamin. Gurau senda dan sentuhan awal amat penting untuk hubungan seks yang sihat dan ceria. Pastikan anda lebih kreatif setiap hari supaya ada kejutan untuk pasangan anda.

Sebagai contoh, tinggalkan nota-nota indah atau boleh juga menghantar hadiah secara mengejut ke pejabat.

Tindakan ini boleh membuatkan pasangan anda teruja. Walaupun lepas seks berakhir anda masih romantik, itulah tanda hubungan seks anda sesuatu yang sihat. Jika salah satu tanda di atas ada menerangkan tentang kehidupan seks anda, maka anda boleh menikmati kehidupan seks yang sihat dan gembira.

Sumber: Utusan Malaysia 18/01/2011

Dunia Lelaki: 10 Hobi Ideal Lelaki

Tonjol potensi diri, isi masa lapang dengan kegiatan berfaedah

ASYIK memberi tumpuan pada urusan kerja, tiba masanya jejaka melakukan perubahan dalam hidup. Apa kata teroka aktiviti baru yang mampu mengisi masa selain meningkatkan potensi diri. Seperti aktiviti bersukan, hobi juga sebenarnya mampu membezakan jejaka dengan individu lain.

Jejaka yang mempunyai hobi pasti memiliki karektor tersendiri, lebih sensitif serta dilihat lebih berdisiplin dan tekun berbanding individu lain yang mungkin tidak mempunyai sebarang minat.

Dengan adanya hobi, lelaki pasti bersemangat dalam meniti hari kerana menemui cinta baru. Bertolak dari sini, lelaki juga mampu melihat kehidupan dengan perspektif berbeza malah mendorong mereka menjadi insan lebih baik dan produktif kerana merasakan kehidupan lebih sempurna. Antara pilihan hobi terbaik yang dicadangkan untuk Lelaki ialah

1. Mentor

Ini mungkin hobi terbaik! Tidak salahnya lelaki bertindak sebagai mentor dengan memberi khidmat bimbingan kepada golongan muda. Tidak perlu mengeluarkan sumber kewangan yang banyak, sumbangan boleh dibuat secara individu atau pertubuhan sukarela di tempat anda. Inilah masanya untuk anda menyumbang sesuatu yang bernilai kepada masyarakat.

2. Tubuhkan kelab hobi

Banyak cara boleh dilakukan untuk membentuk kenalan baru melalui hobi. Mahu berbeza daripada penubuhan kelab kereta atau motosikal yang sudah terlalu umum, apa kata anda tubuhkan kelab hobi jenama pakaian, koleksi kasut atau jam tangan klasik sebagai permulaan. Mana tahu, anda beroleh laba kerana dapat menjual koleksi barangan anda kepada peminat lain.

3. Kumpul lukisan

Walaupun terpaksa berbelanja sebagai modal membeli lukisan, siapa tahu hobi ini mampu membuka peluang perniagaan kepada jejaka kreatif. Mana tidaknya, selain menjadikan lukisan sebagai pelengkap hiasan rumah, hobi ini boleh menjadi satu perniagaan tambahan - lebih-lebih lagi jika anda mengumpul lukisan pelukis tersohor. Semakin meningkat usia koleksi lukisan anda, lebih bertambah nilainya!

4. Jadi jurulatih

Anda berbakat dalam sukan? Mungkin sukan renang atau futsal, inilah masanya untuk mengembangkan hobi ini sebagai sumber pendapatan baru sebagai jurulatih. Selain dapat berkongsi pengalaman dalam sesuatu acara sukan, siapa sangka bakat terpendam anda mampu melahirkan jagoan baru?

5. Memancing

Biarpun hobi ini dianggap normal, anda masih boleh mempelbagaikan aktiviti termasuk mengadakan rombongan memancing di kawasan yang jarang diteroka sebelum ini sebagai suatu kelainan. Anjurkan pula acara sampingan bagi menambah keseronokan.

6. Beli belah di laman maya

Siapa kata perempuan saja kaki shopping, lelaki boleh melakukannya di laman maya yang menawarkan 1,001 pilihan barangan secara online. Lihat saja beberapa laman web seperti www.mudah.my dan lelong.com.my yang boleh menjadi alternatif membeli belah dalam talian. Siapa sangka anda berpeluang memiliki jam tangan Tag Heuer atau kasut Louis Vuitton pada harga murah!

7. Bikin kereta

Hobi paling digemari jejaka! Mengapa tidak, lelaki sanggup meluangkan lebih banyak masa bersama kereta termasuk menambah aksesori kenderaan hingga sanggup berlapar. Pantang trend terkini, ada saja yang ingin diganti atau ditambah termasuk sport rim, pelekat kereta, lampu dan dan alas karpet kenderaan sekalipun.

8. Muat turun filem

Inilah dikatakan gaya hidup zaman moden. Lelaki urban tidak lagi cenderung menonton filem terkini di pasaran atau membeli DVD. Ini kerana dengan teknologi maya sedia ada, mereka mampu memuat turun filem kegemaran. Lebih murah dan mudah, aktiviti ini menambahkan lagi koleksi peribadi mereka.

9. Sukan Paintball

Biarpun sakit dan mendebarkan, aktiviti sukan paintball terus hangat sebagai sukan ekstrem kegemaran jejaka. Setiap minggu, aktiviti inilah yang dilakukan. Sukan ini juga mampu meredakan tekanan kerja serta membentuk pemikiran strategik anda.

10. Blog

Terlalu banyak idea? Apa kata ilhamkan kreativiti yang anda miliki dengan menubuhkan satu blog khas untuk anda curahkan apa saja perkara yang difikirkan wajar untuk dikongsi bersama orang lain. Tidak kiralah blog berkisar hobi, idea menjana pendapatan, kongsi pengalaman atau apa saja bahan boleh dipaparkan melalui laman blog. Anda pasti mempunyai peminat kelak!

Oleh Fairuz Zaidan
Sumber: http://www.bharian.com.my/

Isteriku, Apakah Itu Masih Cinta?

Kata orang yang arif, “jadilah orang yang baik, nanti kebaikan akan datang kepada kita.” Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Sebab itu sering diperkatakan orang, jika kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki.

Lihat sahaja peniaga yang ramah mesra dan sentiasa tersenyum melayan pelanggan, kedainya akan sering dikunjungi, produknya akan laku, jualannya sentiasa laris.

Kita tidak perlu tahu mekanisme saintifik tentang aura atau gelombang elektromagnetik untuk memahami semua ini. Atau arif dengan tafsir seribu firman atau al hadis untuk mengamalkannya. Hanya jadilah orang yang baik dan berilah kebaikan. Insya-Allah, kita akan mendapat kebaikan. Allah itu Maha Baik, DIA tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang baik. Setiap saat dan ketika tanya diri kita, apakah hari ini, ketika ini aku sedang menjadi atau sedang berusaha menjadi orang baik yang sentiasa ingin memberi kebaikan…

Tidak kira sejahat mana orang yang kita hadapi atau seburuk mana keadaan yang sedang kita alami, tetapi jangan sekali-kali korbankan ‘kebaikan’ diri kita. Biar kalah, tetapi jangan mengalah dengan kejahatan. Jangan ambil kejahatan menjadi ‘guru’ kita. Maksudnya, cubalah beri kebaikan walaupun sering dibalas dengan kejahatan. Tetapi sekiranya kita kecewa, dan mula membalas kejahatan itu dengan kejahatan yang sama atau yang melebihinya … takziah, kerana pada waktu itu kejahatan telah menjadi guru dalam kehidupan kita.

Dalam rumah tangga pun begitu juga. Jadilah pasangan yang baik. Insya-Allah kita akan menarik segala kebaikan untuk diri kita dan seluruh ahli keluarga. Baik tutur kata, manis senyuman dan mudah memberi kebaikan, itulah nanti akan menawan hati pasangan kita. Itulah hukum daya tarikan – law of attraction – yang kebelakangan ini kerap diperbincangkan dalam program latihan dan motivasi. Apakah yang dimaksudkan dengan law of attraction itu?

Pada diri manusia ada daya tarikan yang saling berhubung dengan daya tarikan manusia lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga positif, maka kita akan mudah tertarik dan berhubung dengann harmoni. Pepatah lama mengatakan, burung yang sama bulu kepak dan warnanya akan terbang sekawan. Keceriaan kita akan menarik orang yang ceria untuk bersama kita. Keceriaan itu mudah ‘berjangkit’. Orang yang ceria sering dilingkungi oleh individu, situasi dan keadaan yang ceria juga.

Suasana yang semacam itulah yang akan membahagiakan cinta dalam rumah tangga. Bila kita ceria, fikiran, tindakan, perasaan dan kata-kata kita juga akan turut ceria. Percayakah anda kalau dikatakan untuk mudah belajar, bekerja dan melakukan apa jua aktiviti dengan lebih baik dan berkualiti maka keceriaan itulah yang menjadi syaratnya? Ada hormon endroomorphin yang akan dirembeskan dalam tubuh orang yang ceria. Hormon yang akan memberi rasa tenang, seronok dan gembira. Inilah yang ditegaskan oleh pakar-pakar NLP.

Sebaliknya, orang yang negatif – asyik marah-marah dan merungut, hormon kortisol pula yang akan akan dirembeskan. Hormon ini akan menurunkan darjah keceriaan dan individu itu akan menjadi pemurung, pemarah dan perungus. Orang yang asyik marah-marah, merungut, mengeluh dan membebel akan ‘meletihkan’ pasangannya Ingatlah tidak ada siapapun suka orang yang pemurung atau perampus.

Dia akan menghantar ‘gelombang’ yang negatif dan sebagai balasannya dia juga.akan menerima reaksi yang negatif. Hukum daya tarikan pun berlaku tetapi kali ini ke arah yang sebaliknya. Gelombang negatif ini akan menghakiskan rasa ceria dan gembira dan lambat laun akan turut meranapkan perasaan cinta. Ingat, cinta itu umpama pohon, jika tidak dibajai ia akan layu dan mungkin akan mati. Salah satu baja untuk cinta ialah memberi perasaan gembira kepada orang yang kita cintai.

Cinta tidak dapat diraih dengan ugutan dan ancaman. Ia soal hati yang memberi dan menerima dengan rela. Cinta tidak boleh dipaksa. Gelombang cinta bergerak dalam susunan rasa indah bagaikan satu simponi pada satu gubahan ‘muzik’ yang sinergi dan harmoni. Mainkan muzik cinta itu… ia akan datang dengan senyuman, sentuhan dan pandangan mata yang penuh indah dan berwarna-warni. Sungguh indah!

Bila suami hendak pulang ke rumah, sediakanlah set minda (mind set) yang betul sebelum masuk ke rumah lagi. Niatkan dalam hati ingin menceriakan hati isteri yang di rumah. Betapa besar sekalipun masalah kita di permusafiran atau di tempat kerja, leraikanlah dahulu. Jangan hanya memikirkan masalahnya sahaja yang besar, masalah isteri di rumah pun adakalanya lebih besar dan mencabar daripada masalah suami di luar rumah.

Begitu juga isteri di rumah, menjelang kepulangan suami, tenangkan hati, katakana kepada diri sendiri, “suami ku akan pulang. Aku akan menceriakan kepulangannya dengan memahami, simpati dan empati terhadap segala masalahnya.” Orang yang hanya merasakan bahawa masalahnya sahaja yang besar, peranannya sahaja yang penting dan bebannya sahaja yang berat… sebenarnya adalah orang yang ego.

Aneh sekali pengaturan Allah – kadangkala, cara menyelesaikan masalah kita ialah dengan menyelesaikan masalah orang lain. Kaedah meringankan beban sendiri ialah dengan berkongsi menanggung beban orang lain. Dan kerap kali doa kita akan dimakbulkan bila kita mendoakan orang lain. Jangan nafikan hakikat ini. Sebaliknya, praktikanlah. Lakukan kepada orang yang terhampir dengan kita, siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita?

Sayangnya, set minda yang betul kekadang tercalar oleh sikap curiga. Rasa hati yang simpati dan keinginan memahami dimusnahkan oleh prasangka. Bimbang kalau kebaikan kita dieksploitasi, ketulusan kita dimanupulasi, maka kita enggan menghantar gelombang yang positif. Syaitan mencelah dengan tiupan kata-kata, “ engkau ditipu. Kejujuranmu tidak akan dihargai. Apa gunanya menabur budi kalau nanti engkau akan dipersia?”

Ada juga yang tidak sabar untuk mendapat hasil atau balasan yang cepat. Mereka yang hanya menyiram tidak sampai semusim tetapi mengharap dapat memetik buah dengan segera. Lupakah kita bahawa membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata? Kalau hari ini kita menanam benih, kita sirami dan bajainya… apa yang kita akan dapat pada hari esok? Ya, hanya benih yang basah. Bukan bunga, apatah lagi buah. Maka begitulah menanam pohon cinta, salah sekali kalau kita mengharap bunga atau buahnya akan terhasil dengan segera. Berilah masa, berilah peluang dan bukalah ruang untuk pasanganmu berubah.

Petanda minda yang positif dan betul banyak sekali. Cukup kalau di sini kalau dinyatakan hanya dua. Dua yang sangat penting. Sematkan dalam hati dan praktikkanlah dengan hati, lisan dan perbuatan. Pertama, orang yang positif akan dapat melihat sisi yang positif pada diri pasangannya. Who you are determine how you see – siapa diri kamu menentukan bagaimana kamu melihat. Ya, isteri yang positif akan dapat melihat ciri, sifat dan aksi positif pada diri suaminya dan begitulah juga sebaliknya.

Masakan tidak ada langsung sisi positif pada pasangan kita? Jika demikian, mengapa kita memilihnya sebagai pasangan hidup ketika bernikah dahulu? Jadi, cuba positifkan minda kita dahulu nescaya kita akan nampak kebaikan pada pasangan kita. Ya, keburukannya ada, tetapi kebaikannya juga ada. Jadi apa salahnya kalau kita tumpu, hargai, pupuk dan bajai kebaikan itu agar dapat bertahan dan meningkat?

Manusia suka dihargai, disokong dan dianggap wira. Lalu jadikanlah suami kita sebagai wira. Sokong impiannya, bantu cita-citanya dan pulihkan kekecewaannya. Jadikanlah isteri kita sabagai wirawati yang didorong cita-cita, impian dan harapannya. Ketika suami pulang dengan wajah lesu, bimbang dan gentar dengan tribulasi di tempat kerjanya, isteri di rumah tetap menjadi penyokong yang setia. Tidak mengapa jika tidak punya buah fikiran, cukup hanya dengan kata-kata belaian dan sokongan. Buktikan dengan bahawa tubuh mu, bahawa kau adalah benteng dalam hidupnya!

Isteri di rumah kekadang bukan mengharapkan layanan bagaikan ratu atau permaisuri tetapi cukup sekadar suaminya mendengar dengan penuh penghayatan dan memberi penghargaan yang sarat dengan kejujuran. Mata itu jendela hati, maka pandanglah wajah isteri dengan rasa sayang yang tidak berbelah bagi, insya-Allah, pandangan itu akan meresap ke dalam hati menjadi penawar yang sangat mujarab pada keletihan, kelesuan dan kejemuan memikul tugas yang sama sepanjang hari.

Kita hanya boleh memberi kebaikan jika kita menjadi orang yang baik. Jika kita tidak mampu lagi menghulurkan kebaikan, insaflah bahawa kualiti diri kita sebagai insan yang baik sudah boleh dipertikaikan. Walau apapun kesusahan atau beratnya penanggungan kita, itu bukan alasan untuk menggadaikan kualiti hati yang baik. Aku tertekan, aku mesti marah. Aku kecewa, aku mesti mengeluh. Aku letih, aku mesti merintih… Itulah suara-suara hati yang sudah terkena tipuan syaitan dan bujukan nafsu.

Yang kedua, orang yang positif akan fokus kepada penyelesaian bukan pemasalahan. Siapapun akan myudah nampak apa masalahnya, tetapi hanya orang yang positif akan nampak penyuelesaiannya. Orang yang positif akan ‘menyerang’ punca masalah bukan orang yang bermasalah. Maka begitulah isteri yang positif akan memberi penyelesaian kepada masalah-masalah rumah tangga atau masalah yang di hadapi oleh suaminya.

Ummu Salamah pernah memberi buah fikirannya kepada Rasulullah saw dalam menghadapi ‘rasa terkejut’ para sahabat baginda sehingga tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah apabila mereka terhalang untuk mengerjakan haji ke Makkah hingga termetrainya perjanjian Hudaibiyah.

Begitu juga Ummu Sulaim yang menyembunyikan berita kematian anaknya demi memberikan kerehatan kepada suaminya yang baru pulang dari musafir sehingga dipuji serta didoakan oleh Rasulullah SAW? Mereka berdua itulah antara ribuan isteri solehah menjadi pemberi tenaga (energy giver) kepada suami dalam menghadapi ujian dalam kehidupan di dalam dan di luar rumah tangga.

Mereka sentiasa fokus kepada penyelesaian dengan mencari apakah jenisnya masalah itu, apa puncanya, apakah alternatif penyelesaiannya? Mereka berani menukar gaya berfikir dan mengubah gelombang perasaan untuk mendapat hasil yang berbeza. Justeru mereka faham jika kita tidak mengubah gaya berfikir dan berani menukar perasaan, masalah yang sama akan menjadi keluhan dan rintihan berulang-ulang tanpa kesudahan!

Bagaimana caranya untuk tetap positif walaupun mungkin reaksi pasangannya anda belum seperti yang diharapkan? Jawabnya, ada dua. Pertama, berilah alasan untuknya. Tidak kira samada alasan itu benar atau tidak tetapi andaikanlah alasan-alasan mengapa mereka berbuat demikian. Jika kita menghulur senyuman, tetapi disambut dengan masam muka… katakan mungkin mereka letih, sakit, tertekan atau sebagainya.

Sekalipun mungkin alasan itu tidak benar, tetapi sekurang-kurangnya kita tidak tersiksa memikirkan perkara-perkara yang negatif. Memikirkan yang negatif itu sahaja sudah satu penderitaan. Jadi ciptalah alasan-alasan untuk mereka dan semaikan sikap sangka baik sentiasa. Jangan kecewa dalam membuat kebaikan. Insya-Allah, Allah akan mengikut sangkaan para hamba-Nya.

Jika benar pasangan kita sudah curang, menipu dan jahat, maka kejahatan serta keburukan itu tidak akan menimpa kita. Sangka baik itu adalah peluang yang kita berikan untuk orang lain berubah dan jika mereka tetap tidak berubah seperti yang kita harapkan, itu tidak akan mengubah kita. Sangka baik itu adalah benteng yang akan menyelamatkan kita daripada penzaliman dan tipudaya orang lain.

Kedua, konsistenlah dalam berdoa. Doakan diri kita sendiri dan pasangan kita. Doa itu akan ‘menutralkan’ semula aura negatif yang menyelubungi dan memancar daripada diri kita. Bukankah dengan berdoa kita mengucapkan dan mengharapkan perkara yang baik-baik? Doa bukan sahaja memberi kesan positif dalam perhubungan kita dengan Allah tetapi jua perhubungan diri kita dengan diri kita sendiri. Kita akan selalu memberi ransangan yang positif kepada diri sendiri apabila kita berdoa.

Hukama ada berkata, terhalangnya kita daripada berdoa adalah lebih merbahaya daripada tidak makbulnya doa kita itu. Mengapa? Bila kita tidak berdoa, kita umpama insan negatif yang penuh racun atau ‘toxic’. Kata-kata kita racun, pemikiran kita racun dan perbuatan kita penuh racun. Racun itu bukan sahaja boleh memusnahkan orang lain tetapi ia juga akan memusnahkan diri kita sendiri.

Oleh itu, ayuh… berilah ransangan yang positif. Kuatkan kembali daya tarikan dalam cinta kita. Dan dalam menabur bibit kebaikan, jangan mengharapkan hasil yang segera, jangan dicemari racun prasangka dan paling penting jangan lupa untuk berdoa. Kembalikanlah daya tarikan dalam hubungan cinta. Bukankah simponi cinta itu indah? Tetapi jika tidak ada lagi keindahannya… tanyakanlah kepada diri kita, suami atau isteri kita… apakah itu masih cinta?

Sumber: http://genta-rasa.com/